Putar belit plot

Putar belit plot (Bahasa Inggeris: Plot twist) ialah teknik penceritaan yang mengubah hala tuju atau hasil jauh daripada yang dijangkakan daripada mengikuti jalan cerita sesebuah karya cereka,[1] ia boleh dilakukan pada akhir atau penamat cerita (putar belit).[2] baik secara perlahan-lahan ("jangka panjang") mahupun dengan segera dalam beberapa saat ("jangka pendek").[3] Pelencongan ini adakalanya boleh dimaklumkan secara tersirat sebelum saat perubahan ini berlaku, namun jejak ke arah lencongan ini boleh juga disamarkan dengan butiran yang boleh memberikan pelbagai tafsiran berbeza mengikut amatan penonton. Pembongkaran hala tuju yang berubah ini dapat menjejaskan persepsi penonton terhadap peristiwa sebelumnya, atau memperkenalkan konflik baru yang menempatkannya dalam konteks yang berbeda. Sekiranya pembongkaran ini dilakukan sebelum karya ditonton sempat menunjukkan perubahan dalam hala tuju cerita, maka jalan cerita tersebut dikira sudah "terbeber".